sksyamd.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSOFF (AMD)
JALAN KEMUNTING Tel : 05-8069904, Faks : 05-8069904
e-mel : sksyamd@zoom-a.com
| DOA SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | KATA ALU-ALUAN | LAMAN UTAMA | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | KEPUTUSAN UPSR | VISI & MISI | PERJUMPAAN IBU BAPA | HARI ANUGERAH | KECERIAAN | PSS | BANGUNAN 2007 | MINGGU ARAB | MERDEKA | PERKHEMAHAN | PERLANTIKAN | MOTIVASI |

(Omar Kamaruddin Bin Ahmad)

SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR


Assalamualaikum Wrbkth.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi kerana limpah kurniaNya dapatlah saya memberikan sepatah dua kata bagi mengisi ruangan laman web sekolah. Buat julung-julung kalinya, Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf (AMDR) telah pun mempunyai laman webnya sendiri.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian SKSY untuk mempunyai laman webnya sendiri.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Adalah diharapkan agar adanya kemudahan laman web ini, ianya dapat memberikan banyak input dan pengetahuan kepada semua warga SKSY bagi menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sesungguhnya dalam arus globalisasi ini, ICT memainkan peranan penting bagi melahirkan insan yang berketrampilan dan berwawasan.

Wassalam.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: