sksyamd.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSOFF (AMD)
JALAN KEMUNTING Tel : 05-8069904, Faks : 05-8069904
e-mel : sksyamd@zoom-a.com
| DOA SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | KATA ALU-ALUAN | LAMAN UTAMA | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | KEPUTUSAN UPSR | VISI & MISI | PERJUMPAAN IBU BAPA | HARI ANUGERAH | KECERIAAN | PSS | BANGUNAN 2007 | MINGGU ARAB | MERDEKA | PERKHEMAHAN | PERLANTIKAN | MOTIVASI |

SEJARAH SEKOLAH

Sultan Yusuf Izzuddin Shah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sultan Sir Yusuf Izzuddin Rathiullah Ghafarullahulahu Shah KCMG, OBE, (15 January 1890-4 January 1963) was a Sultan of Perak, a state in the current Federation of Malaysia.

Raja Yusuf was born in 1890 at Kuala Kangsar, Perak. He was the son of Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Karamatullah Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Rahmatullah Shah. Raja Yusuf was educated at Hogan School (later changed to Clifford School), Kuala Kangsar. He was appointed Raja Di Hilir in 1919 and later in 1921, became Raja Bendahara. In 1938, upon the death of his uncle, Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Rahmatullah Shah, he was appointed as Raja Muda. Raja Yusuf ascended the Perak throne in 1948 following the death of Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa. He died of old age on the 4th of January 1963. He was given a post-humous title of Marhum Ghafarullah and was succeeded by Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadassallah

Bangunan asal sekolah 1953

Bangunan Makmal sekolah 2002

SEBAB SEKOLAH INI DIDIRIKAN

Sebelum tahun 1953 anak-anak askar di kawasan Taiping khasnya anak-anak askar Melayu (pada masa itu Batalion Kedua Askar Melayu Diraja) terpaksa menghantar anak kebeberapa buah sekolah yang berada di kawasan Taiping mengikut kehendak ibu-bapa. Ini telah menjadi kerumitan kepada pihak tentera kerana terpaksa menghantar kanak-kanak dengan menggunakan beberapa buah trak.

Pegawai-pegawai askar melau pada masa itu telah berunding dengan Pegawai-pegawai Pemerintah Askar Melayu Diraja iaitu Lt. Kol. J.G. Atkinson dan telah mengambil keputusan mendirikan sebuah sekolah rendah, Tuan Major Hussain telah ditugaskan bagi menjayakan rancangan pembangunannya.

Teres Blok A

Hari Raya 2006

PENGURUSAN SEKOLAH

Sekolah ini siap dibangunkan pada awal tahun 1953. Pihak tentera telah berunding dengan pihak, bagi menyediakan guru. Pejabat Pendidikan Perak telah bersetuju menghantar guru seperti yang dikehendaki oleh pihak tentera dengan syarat-syarat seperti di bawah:-

  • Seramai 3 orang guru dihantar mengajar di sekolah ini. Gaji guru-guru tersebut hendaklah dibayar oleh Kementerian Pertahanan.
  • Guru-guru ditambah oleh Pejabat Pendidikan Perak dari semasa kesemasa, bergantung kepada keramaian murid-murid.
  • Pihak tentera bersetuju membenarkan anak-anak polis dan warder belajar di sekolah ini bersama-sama anak-anak anggota tentera.
  • Kelengkapan sekolah seperti kerusi, meja murid, serta alat-alat pejabat bagi guru-guru disediakan oleh pihak Kementerian Pertahanan.
  • Perlantikan tukang kebun dan tukang sapu juga adalah urusan Kementerian Pertahanan.

     

PEMBUKAAN SEKOLAH 

Sekolah ini mula dibuka pada 1 JULAI 1953. Keramaian murid pada masa itu seramai 105 orang. Hanya Darjah 1, 2, dan 4 sahaja. Seramai 3 orang guru – Encik Md. Shahid bin Abd. Rahman PJK dilantik Guru Besar yang pertama

PERASMIAN SEKOLAH 

  • Pada 28 JULAI 1954 sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Sultan Yussuf, Sultan Perak.

     

    Berikut ialah petikan catatan perasmian.

                Pagi ini Duli Yang Mahamulia Sultan Perak telah berangkat -------- jam 9.10 dan pembesar-pembesar Askhar Melayu Taiping kerana membuka sechara rasmi sekolah ini.

    25/7/54

    Tandatangan D.Y.M. Sultan  Perak.

                Mengikut hukuman yang di terima dari Pejabat Askar, ada-lah pada hari berikut 7/4/55 D.Y.M. Mulia Tuanku Sultan Perak akan berangkat melawat ke-sekolah ini, oleh sebab 7/4/55 itu jatoh hari chuti Nisfu Shaaban, maka saya berserta dengan Tuan Major Husain telah pergi berjumpa dengan Tuan Inspector of School N. Pk supaya meminta persetujuan supata chuti Nisfu Shabaan itu di-gantikan pada hari Ahad 10/4/55. Tuan Inspector of .

    S. N. Pk
    telah mempersetujukan.

    KEMAJUAN SEKOLAH INI

     

    1. Sekolah ini beransur-ansur maju dengan pertambahan murid-murid sehingga tahun 1957 keramaian murid-murid telah menjadi lebih dari 300 orang dan darjahnya dari darjah 1 hingga ke darjah 6.
    2. Pada Tahun 1965 jumlah guru-guru meningkat menjadi 12 termasuk guru Bahasa Inggeris dan Agama.
    3. Dalam bidang sukan dan bola sepak boleh dikatakan maju. Sekolah ini pernah menjadi johan Bola Sepak Perak Utara dan johan Bola Jaring Daerah Larut, Matang Dan Selama.
    4. Pada tahun 1972 keramaian murid-murid lebih dari 350 orang.
    5. Murid-murid tua sekolah ini ada yang menjadi Pegawai Tinggi Tentera, Pegawai Polis, Pegawai Penjara dan ada yang menjadi Wakil Rakyat.

    GURU BESAR – GURU BESAR

    1. EN. MOHD SHAHID BIN ABD. RAHMAN PJK                                     mulai 1.7.1953 hingga 30.6.1972.

    2. EN. ABD. HANIF BIN AZIZ                                                                        mulai 1.7.1972 hingga 1989.

    3. EN. MOHAMED FADZIL BIN NOORDIN                                                mulai 16.5.1989 hingga 15 OGOS 1995

  • 4. EN. AHMAD SHAKRI BIN ABDUL KARIM

    5. EN. MOHD JEFRI BIN HJ MOHD YUNUS. (WAKIL RAKYAT)

    6. EN. ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN

    7. EN. AHMAD BIN ZAKARIA

    8. EN. OMAR KAMARUDDIN BIN AHMAD



    Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

    Pelawat: